Kategori suara (fächer) dan peranan bariton dalam opera Bariton

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
SopranoAltoTenorBes

Bariton lirik

  • Lingkungan kebiasaan: Dari B di bawah C rendah hingga ke G di atas C tengah (B-g). Suara ini adalah jenis suara bariton yang lunak dan merdu, tidak berapa keras, ringan dan juga rendah jika dibandingkan dengan bariton dramatik. Suara ini dikatakan sebagai suara kebiasaan yang paling banyak dimiliki oleh penyanyi dalam lingkungan ini. Peranan komik (ringan atau lucu) adalah yang amat bersesuaian untuk suara ini.
  • Peranan:

Bariton bel kanto (koloratura)

  • Lingkungan kebiasaan: Dari B di bawah C rendah hingga ke G di atas C tengah (B-g). Suara ini adalah lebih kurang sama dengan suara bariton lirik, tetapi dianggap sebagai lebih tangkas dalam nyanyian "berbunga" dan koloratura. Peranan komik (ringan dan lucu) atau lebih kepada orang baik-baik adalah bersesuian untuk suara ini, kebiasaannya di dalam opera bel kanto.
  • Peranan:

Kavalierbariton

  • Lingkungan kebiasaan: Dari A di bawah C rendah hingga G# di atas C tengah (A to g# ). Suara ini lebih padu dan boleh menyanyikan nota bariton lirik dan dramatik. Ia lebih berunsurkan kelembutan yang bersuara merdu. Suara ini kurang berkuasa tinggi jika dibandingkan dengan bariton Verdi .
  • Peranan:

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Dmitri Hvorostovsky, Eberhard Wächter dan Sherrill Milnes.

Bariton dramatik

  • Lingkungan kebiasaan: Dari E tengah satu oktaf di bawah C rendah hingga F di atas C tengah (E to f). Suara ini adalah suara yang keras dan berkualiti kelam. Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan kategori Heldenbariton iaitu fach bariton untuk repertoir Jerman. Peranan untuk suara ini juga kadang kala dipanggil sebagai bariton-bes dan kebiasaannya mempunyai tonal dramatik. Peranan – peranan ini kebiasaannya tidak naik melebihi F iaitu tahap tertinggi lingkungan suara penyanyi bariton.
  • Peranan:

Antara penyanyi yang tergolong dalam fächer ini termasuklah Norman Bailey.

Bariton Verdi

  • Lingkungan kebiasaan: Dari A di bawah C rendah hingga G# di atas C tengah (A to g#). Suara ini merupakan suara kategori khas fach bariton. Bariton Verdi merujuk kepada penyanyi yang berupaya menyanyi bahagian tertinggi bariton dengan konsisten dan selesa. Tahap itu kadang kala menjangkau sehingga B datar di atas C tengah.
  • Peranan:

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Titta Ruffo, Piero Cappuccilli dan Sherrill Milnes.

Baryton-noble

  • Di ambil dari bahasa Perancis, suara ini digambarkan sebagai suara lunak, vokal yang halus tetapi mempunyai kuasa yang padu dan kesemua faktor-faktor tersebut mempunyai keseimbangan penuh. Kategori ini berasal dari rumah opera Palais Garnier, di Paris tetapi dipengaruhi kuat oleh penggubah-penggubah terkemuka seperti Verdi untuk peranan Don Carlo dalam Ernani dan La forza del destino; Count Luna dalam Il trovatore, Doge of Genoa dalam Simon Boccanegra, begitu juga Richard Wagner untuk peranan Wotan dan Amfortas.

Baryton-Martin

  • Lingkungan kebiasaan: Dari C rendah hingga ke Ab di atas C tengah C (C to ab)[2]. Fach ini adalah suara yang kekurangan lingkungan keupayaan bariton untuk mencapai G2 di bawah B2. Suara ini adalah lebih ringan dan hampir berciri-cirikan suara penyanyi tenor. Suara ini kerap didengari dalam repertoir Perancis sahaja dan dinamakan sempena nama seorang penyanyi Perancis, Jean-Blaise Martin . Martin meminati corak nyanyian dengan penggunaan falseto dan mereka fach ini untuk membezakan suara beliau dari bariton Verdi. [3]
  • Peranan:
    • Pelléas, Pelléas et Mélisande (Claude Debussy)
    • L'Horloge Comtoise, L'Enfant et les Sortilèges (Maurice Ravel)

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini termasuklah Camille Maurane dan Pierre Bernac.